Bersua kita sekali lagi di part yang ke lima pada isu yang sama. Ada lagi beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebagai perancangan awal sebelum anda melahirkan bayi anda. Anda juga perlu menyediakan beberapa barang keperluan bagi mengelakkan situasi kelam-kabut kelak.
Banyak lagi keperluan serta pembelian yang diperlukan serta persediaan awal yang perlu dilakukan. Adalah lebih baik jika ianya dapat dilakukan di trimester kedua atau yang terakhir. Semoga panduan di bawah dapat membantu anda merancang dengan lebih awal.
Banyak lagi keperluan serta pembelian yang diperlukan serta persediaan awal yang perlu dilakukan. Perkara-perkara di bawah boleh dibuat panduan oleh anda
1. Mula mencari bidan yang sesuai untuk anda. Ada bidan yang menyediakan perkhidmatan mengurut semata-mata dan ada pula yang turut menjaga bayi anda seperti memandikan, memasak makanan untuk anda dan sebagainya. Anda perlu bertanyakan di sekeliling anda bagi mendapatkan perkhidmatan bidan sepertimana yang anda inginkan.
2. Mencari ubat-ubatan dan jamu yang sesuai semasa berada dalam pantang. Terdapat beberapa jenama yang boleh anda beli di pasaran seperti yang mungkin anda pernah dengar seperti jamu Mak Dara, Amway (Tropical Herbs Post Natal Care), Mustika Ratu, Warisan Opah Umi dll.
3. Membeli baju bayi adalah perkara yang pasti menyeronokkan. Melihat saja akan saiz baju tersebut, bibir anda pasti mengukir senyuman. Bagi anda yang telah mengatahui jantina bayi anda, pembelian warna baju akan menjadi senang. Biru untuk bayi lelaki dan pink untuk bayi perempuan. Namun, ada juga kes-kes yang berlaku di mana, walaupun kita sudah mengetahui jantina bayi, tetapi sebaliknya yang terjadi. Nasihatku, belilah banyak baju yang berwarna putih kerana ianya unisex, lelaki atau perempuan boleh memakainya.
4. Membeli kelengkapan bayi seperti katil bayi, lampin pakai-buang (diapers), botol susu, pensteril botol susu (bottle sterilizer), krim ruam lampin, barut bayi bagi melindungi tali pusat, berus membasuh botol susu, puting (jika perlu), barangan mandian bayi, besen mandi, minyak kayu putih (untuk kembung perut), stroller (kereta dorong bayi), bakul bayi (moses basket), selempang bayi (baby sling carrier) dll.
5. Membeli breast pad apabila usia kandungan anda mencecah ke bulan yang akhir. Breast pad ini perlu dilapikkan di dalam bra anda supaya keadaan payu dara anda akan sentiasa kering. Apabila kandungan sudah mencecah ke saat akhir, susu akan mula keluar dengan begitu banyak.
6. Membeli baju dalam khas (bra) untuk ibu mengandung. Ianya boleh dibeli di mana-mana kedai pakaian dalam wanita atau kedai maternity yang menjual kelengkapan wanita mengandung dan keperluan bayi. Baju dalam khas ini mempunyai lapisan luar (di bahagian puting) yang boleh dibuka dan ditutup dengan klip khas. Tujuannya, agar senang semasa penyusuan bayi.
7. Belilah pakaian yang berbutang di hadapan dan pakailah semasa anda berada di hospital. Pemakaian begini akan menyenangkan semasa menyusukan anak.
8. Belilah seluar dalam pakai-buang semasa anda berada di hospital. Ini akan memudahkan anda setiap kali anda perlu menukar pad kerana darah nifas akan keluar sejurus anda melahirkan bayi. Ianya boleh dibuang terus jika keadaan seluar tersebut terlalu kotor.
Dan akhir sekali, pastikan anda menyediakan beg yang dipenuhi dengan barang-barang keperluan anda di hospital 2-3 minggu sebelum due date anda. Masa untuk melahirkan anak tidak mengira masa dan ketika, apabila kontraksi (contraction) di bahagian perut mula berlaku sudah tibalah masanya anda perlu di bawa ke hospital. Itulah gunanya persediaan beg dengan lebih awal :-)
Selamat melahirkan bayi yang sihat dan comel!
Lyla Mukris.
Lyla Mukris.


