Salam! Untuk berkarya agak susah juga kerana perlu menunggu idea datang mencurah baru dapat merangka cerita. Pada kali ini, aku ingin berkongsi mengenai komunikasi suami-isteri dalam membantu perkahwinan muda anda.
Sebagaimana di coretan yang lalu, aku ada menyatakan yang mana komunikasi merupakan tunjang utama sesebuah perhubungan dan perkahwinan. Anda pernah dengar men are from mars and women are from venus? Dua planet yang berbeza kedudukannya, bentuknya, warnanya malah berbeza dari segalanya-segalanya. Begitu jugalah dengan lelaki dan perempuan. Dua insan yang berbeza terutamanya dari segi perasaan dll.
Aku bukanlah pakar emosi dan juga pakar motivasi yang berijazah. Melalui pengalaman yang ada kira dapat dikongsi mengenai pemikiran seorang wanita adalah tidak sama dengan pemikiran sang lelaki.
Sebagai contoh; seorang isteri mungkin akan bertanyakan suaminya, bagaimana harinya di tempat kerja dan si suami akan berkata "ok" dengan hanya satu perkataan sahaja. Itu sudah cukup untuk membuatkan si isteri salah faham. Si isteri sebenarnya inginkan si suami menceritakan jika boleh perkara yang berlaku pada si suami dari A-Z bermula dari sarapan pagi, makan tengahari, apa yang berlaku di pejabat dan sebagainya. Pendek kata, wanita suka bercerita ("membebel" termasuk dalam kamusnya) dan kaum lelaki sebenarnya sangat praktikal. Jika unsur asas ini tidak diendahkan, pastinya komunikasi yang baik tidak akan dapat dicapai.
Mungkin ada dikalangan isteri yang mengeluh di saat ini dengan pertanyaan bagaimana pula jika suami itu jenis pemarah dan sukar dibawa berbincang? Komunikasi bagaimana yang dimaksudkan? Carilah masa serta mood yang bersesuaian sebelum memulakan perbualan.
Ada juga yang mungkin akan mengeluh lebih panjang yang mana komunikasi mungkin tidak dapat dicapai langsung kerana si suami bukan sahaja pemarah malah mempunyai ego yang tinggi yang mana mungkin dapat menerima pendapat isteri apatah lagi dengan berkomunikasi.
Jika itu melanda anda, aku ingin berkongsi idea di atas pengalamanku sendiri, ini mungkin dapat membantu anda. Apa jua yang ingin anda maklumkan kepada suami anda gunakan bahasa yang paling simple dan secara pendeknya luahkan segalanya di atas kertas. Ya, surat! Anda boleh menyampaikan terus ke tangan suami anda sebelum beliau meninggalkan rumah untuk keluar bekerja ataupun menyembunyikan surat tersebut di dalam poket atau beg atau diari suami anda tanpa pengetahuan beliau. Dan berharap suami anda akan terjumpa serta membaca surat anda itu. Selalunya masalah komunikasi ini selalu terjadi kerana pertengkaran suami-isteri yang akan berlaku dan selalunya ego akan menghantui diri. Apabila beliau berseorangan, tumpuan beliau sudah pasti pada surat tersebut dengan isu-isu yang cuba anda bangkitkan dalam surat itu. Insyallah, apa yang anda ingin sampaikan mungkin akan tercapai.
Tugas anda bukan berakhir di situ saja, komunikasi akan mengambil peranan juga, berbincanglah secara elok sebaik sahaja suami anda bersedia untuk berkomunikasi. Yang pasti, isu utama telahpun diketahui oleh beliau. Kini, hanya kata putus serta cara-cara mengatasi masalah yang keluarga anda alami akan cuba diselesaikan secara bersama.
Ingat, cara ini dinasihatkan tidak diteruskan sampai bila-bila. Gunakan cara ini bila ada isu-isu yang mungkin agak susah untuk diluahkan terhadap suami anda sahaja. Komunikasi tetap perkara utama dalam perhubungan anda. Cuba-cubalah berborak dengan pasangan anda.
Oh ya, dalam surat anda itu juga, selain daripada meluahkan masalah yang anda atau keluarga anda hadapi, harus dinyatakan yang mana anda berdua perlu berkomunikasi dengan lebih kerap!
Tugas surat tersebut bukan sahaja untuk meluahkan perasaan tidak puas hati anda terhadap beliau atau keluarga beliau, perasaan yang anda pendam atau masalah dalaman keluarga anda, tetapi gunakan cara ini juga untuk meluahkan perasaan cinta anda terhadap suami anda itu – LOVE NOTES!
Aku? SMS sebagai pengganti diri! Good luck kepada anda dengan cara apa sekalipun digunakan.
[ Penulis & suami - Di alam percintaan ]

No comments:
Post a Comment