Sesiapa yang masih belum berkahwin dan yang baru sahaja berkeluarga, aku sarankan membeli buku Indahnya Hidup Tanpa Derita, pengarangnya Noor Laila Aniza Zakaria. Buku yang banyak mengupas perihal alam rumahtangga dapat kiranya memberi perangsang serta motivasi untuk kita mengambil iktibar serta mewarnai amalan harian berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
Kepada mereka yang muda (lingkungan 25 tahun ke bawah) ingin aku berikan nasihat yang tidak seberapanya, semoga berbincang kembali dengan pasangan anda dan pertimbangkan baik dan buruk sebelum meneruskan hajat anda itu. Perkahwinan adalah bagai sebuah Institusi. Ada yang menyatakan “siapa yang belum mendaftar kepingin untuk masuk, bagi mereka yang di dalam kepingin sangat untuk keluar.” Jadi, bawalah berbincang dan meminta nasihat dari orang yang lebih berpengalaman serta rajin-rajinlah mencari bahan bacaan yang mungkin dapat membimbing anda.
Membina masjid adalah sesuatu yang amat direstui Tuhan serta mendapat pahala, tetapi bayangkan jika masjid yang baru dibina terasa ingin dirobohkan sahaja. Walaubagaimanapun, sekiranya hajat anda itu masih ingin diteruskan bagi yang bujang dan kepada mereka yang telah berumahtangga, semoga panduan-panduan ini bisa meringankan kerisauan anda.
Cabaran utama yang akan dihadapi oleh anda kemungkinan berhadapan dengan tidak mendapat restu ayahanda dan bonda tercinta.
Panduan 1 : Ingat, mereka lah satu-satunya keluarga anda. Kawan, boyfriend/girlfriend mahupun suami/isteri boleh bertukar ganti, tetapi ibu bapa serta adik-beradik akan kekal. Anda mungkin dimarahi, dicemuh, dihalau dan sebagainya. Jangan sekali-kali membuang mereka. Hati pasti terasa dan merana, tetapi percayalah anda akan memerlukan mereka bila tiba waktunya. Ambilah lah langkah serta cara bagi mengambil hati mereka. Jangan sekali-kali putus asa. Gunakan adik-beradik bagi merapatkan kembali hubungan dengan ibubapa anda. Ingatilah hari istimewa mereka seperti ulangtahun perkahwinan, hari jadi dan sebagainya. Di hari raya datanglah bersama keluarga baru anda. Disamping itu juga, berterusanlah dengan berdoa agar hati mereka dapat dilembutkan. Air yang dicincang tidak akan putus! Insyallah, sekeras-keras kerak nasi, akhirnya dapat dilembutkan dengan air. Anda harus tegar dengan tindakan anda!
Panduan 2 : Anda mungkin pernah mendengar banyak rintihan serta keluhan seorang menantu terhadap keluarga mertuanya. Percayalah, anda memerlukan mereka lebih dari segala-galanya. Mereka adalah Ibubapa KEDUA anda! Carilah langkah untuk mengambil hati mereka. Bagi mereka yang telah mempunyai anak, anda tidak perlu risau kerana ianya penghubung kasih. Dan bagi yang masih belum mempunyai anak, gunakanlah langkah sewajarnya untuk berbaik-baik dengan mereka. Gunakan cara yang sama, ingatilah hari istimewa mereka seperti ulangtahun perkahwinan, hari jadi dan sebagainya. Jadilah menantu yang mesra serta rajin berkomunikasi dengan ibu mertua terutamanya. Ingatlah, anda mungkin tidak tahu yang anda mungkin akan memerlukan bantuan mereka suatu hari nanti seperti menjaga anak-anak anda dan sebagainya. Jangan putus asa sekiranya mereka mengecewakan anda, menambah kesedihan yang anda sedang alami. Ya, berkata amat senang dari badan yang memikul bebannya. Jika dengan cara mereka menjaga anak anda dapat meringankan beban anda, maka gunakanlah peluang ini dengan sebaik-baiknya. Sarananku, jika anda berkemampuan hantarlah anak anda ke taska atau tempat jagaan anak kecil kerana ini pastinya akan mengelakkan diri anda terperangkap dalam kemelut keluarga mertua. Namun kadang-kadang anda boleh bersikap masuk telinga kanan, keluar telinga kiri bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan mahupun salah faham. Aku amat faham, bukan senang untuk menjadi anak menantu yang disukai dan sebagainya. Kuatkan diri anda dari segi mental!
Cabaran seterusnya yang pasti anda akan hadapi ialah masalah kewangan. Wang boleh menjadi punca segalanya dari aspek negatif mahupun positif. Kita akan bersambung dengan lebih detail dalam Part III tidak lama lagi.
Salam Sayang.
Lyla Mukris

No comments:
Post a Comment